Wednesday, November 12, 2008

TAHNIAH KEPADA JUARA KMK KEBANGSAAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA 2008

Sekalung tahniah diatas kejayaan pasukan KMK dari Negeri Selangor ( kumpulan C.E.K.S ) kastegori Pengurusan dan dari Negeri Perlis ( kumpulan G2 ) kategori Teknikal kerana telah menjuarai Konvensyen KMK peringkat Kebangsaan Kastam Diraja Malaysia pada 9 hingga 11 November 2008 bertempat di Menara Kastam, Larkin Johor Bharu. Syabas juga diucapkan kepada KDRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana menduduki tempat ke-2 bagi kategori Pengurusan dan Teknikal, manakala tempat ke-3 dimenangi oleh KDRM Johor (G.A.I.A.) bg kategori pengurusan dan KDRM Pulau Pinang (D.A.D.) kategori teknikal. Secara keseluruhannya menurut pendapat ketua panel hakim, terdapat peningkatan tahap laporan yang dipersembahkan dan secara keseluruhannya wujud pengurangan kos mengurus hasil daripada KMK yang dibuat iaitu RM1.7 juta... SYABAS...

Kepada Pasukan Ibu Pejabat ( Kumpulan JMS ) saya secara peribadi selaku Pengurus/Penyelaras Pasukan Ibu Pejabat KMK juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan kerana atas daya usaha, ketabahan, kesabaran, daya kreativiti anda semua, mampu mewakili Ibu Pejabat walaupun tidak memenangi sebarang kemenangan. Bagi saya anda semua telah menang kerana pada tahun ini tidak ada satu pasukan pun dari Ibu Pejabat yg menyahut cabaran KMK melainkan kumpulan KMK JMS dari Bahagian Akaun. Ini menunjukkan kesungguhan kakitangan bahagian Akaun amat tinggi kerana cabaran KMK ini, walaupun terpaksa membahagikan masa antara mesyuarat KMK dan tugasan hakiki. Rakan-rakan sekelian ahli kumpulan JMS, sesungguhnya anda telah mendapat pengalaman yang begitu berharga yang tidak ada di tempat lain. Berbanggalah menjadi ahli KMK kerana ini merupakan satu "value added" anda dan merupakan kelebihan pada diri anda. Yakin dan percayalah pengalaman ini anda akan ingat sehingga anda bersara nanti.

Utk ucapan terakhir, dengan rasa bangga saya ingin menyatakan bahawa terharu dengan usaha anda, dan teruskan keceriaan kita semasa kita berada di Johor

ANDA CERIA , KAMI GEMBIRA



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...