Friday, February 27, 2009

KESAN KENAIKAN TOL

Alhamdulillah baru sebentar tadi Menteri JKR umum kenaikan TOL ditangguhkan pada akhir tahun.... TAPI TETAP KENA TOL ......akhir tahun ini.

Disini aku berikan sedikit pendapat yang diambil dari seorang pembaca yang dicilok dari PERISIK RAKYAT...

Apabila kenaikan kadar tol diumumkan, HANYA satu sahaja yang dijadikan alasan - semuanya berdasarkan Perjanjian Konsesi dengan pengendali Lebuhraya.

Tetapi, dimanakah 'perjanjian konsesi' dengan rakyat yang mahu rakyat hidup sempurna, terjaga, tidak rasa beban lebih-lebih lagi di dalam media memberitahu mengenai puluhan ribu yang telah dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia.

Tidak perlu kita memberi alasan dengan memberikan contoh kadar tol di negara luar. Contoh di dalam negara sendiri tak habis untuk dikaji.

Saya merupakan pengguna jalanraya dan lebuhraya yang menghabiskan kira-kira RM200 sebulan untuk tol dan menjangkau antara 5000km sehingga 8,000km perjalanan sebulan.

Tahukah anda?

Jalanraya bertol diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna samada untuk mendapatkan keselesaan atau menggunakan jalan biasa/persekutuan yang biasanya kurang penyelenggaraan/sesak dan sempit.

Tetapi, sedarkah anda?

Banyak laluan bertol sebenarnya pengguna tiada pilihan dan terpaksa melaluinya kerana samada laluan alternatif memang tiada, atau laluan alternatif adalah laluan "tinggalan zaman penjajah" dan berada di lokasi yang langsung tak lojik untuk dijadikan laluan seharian.

Tahukah anda?

Laluan bertol memang selesa, ada sehingga 4 lane, sehinggakan jika meter kenderaan ada sampai 300km/jam, anda mampu memecut sehingga 290km/jam (kalau kancil turbo boleh pecut sampai meter berpusing 2 kali..!)

Tetapi, sedarkah anda?

Keselesaan itu bukan bermakna kita akan berkampung, berkelah atau membuat kenduri kahwin di tepi lebuhraya. Apa makna dalam laluan bertol adalah selesa, tetapi sebaik membayar tol, anda mengalami kesesakan yang amat kronik.

Contoh 1: Pengguna yang menggunakan Jalan Duta akan tahu betapa peritnya setiap pagi, sebaik membayar tol, mereka akan terpaksa menanggung kesesakan untuk masuk ke pusat bandaraya.

Contoh 2 : Pengguna lebuhraya Metramac setelah membayar di dua pondok tol, juga mengalami masalah yang sama untuk masuk ke bandaraya.

Contoh 3 : Lebuhraya DUKE yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu, juga seolah-olah teraniaya apabila papan tanda elektronik memberitahu, hanya beberapa minit untuk tiba di Ampang, tetapi sedarkah bahawa untuk turun dari lebuhraya di persimpangan Hillview, mengambil masa lebih 10 minit kerana pertembungan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2.

Tahukah anda?

Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol.

Tetapi sedarkah anda?

Ada jalan yang asalnya tidak bertol, tetapi setelah perjanjian konsesi, ianya terus dijadikan jalan bertol dan akhirnya kerana tiada pilihan, pengguna terpaksa melaluinya.

Contoh 1 : Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong.

Adakah laluan alternatif yang dimaksudkan ialah Jalan Gombak Lama iaitu laluan sempit, bergaung, berbukit, sunyi, selekoh tajam, tiada lampu jalan, dalam hutan belantara dan jika anda ditimpa kemalangan, alamatnya tengkorak anda hanya akan ditemui 3 bulan kemudian, itupun kebetulan ditemui oleh orang asli yang kebetulan ternampak tengkorak anda di dalam gaung ketika mencari petai..?

Contoh 2 : Lebuhraya Persekutuan

Untuk ke Kelang dan sebaliknya, anda terpaksa melalui dua plaza tol. Apakah jalan alternatifnya? Anda terpaksa melaluinya dan membayarnya. Jika anda nekad, anda boleh tidak membayarnya semasa palang dibuka, tetapi siren akan berbunyi dan nombor kenderaan anda dicatatkan.

Dan tahukah anda, betapa siksanya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari apabila ianya tidak boleh dikategorikan sebagai lebuhraya kerana langsung tiada ciri-ciri lebuhraya malah laluan yang betul-betul nampak macam lebuhraya hanya dalam jarak lingkungan satu kilometer dari plaza tol.

Tahukah anda?

Lebuhraya di negara ini cantik dan digahkan sebagai antara yang terbaik di dunia dengan laluan lurus, banyak lane, banyak kawasan rehat dan rawat.

Tetapi sedarkah anda?

Ada lebuhraya memaksa anda menghabiskan minyak dan masa terutama masa kecemasan kerana tiadanya laluan keluar atau pusingan u.

Contoh 1 : Lebuhraya KL-Putrajaya.

Lebuhraya ini menawarkan dua Plaza Tol. Di Bukit Jalil RM1.50 dan Putrajaya RM2.00

Tetapi, jika anda telah memasuki Plaza Tol Bukit Jalil, anda tidak boleh berpatah balik atau mencari mana-mana susur keluar kecuali anda terpaksa memandu sehingga Putrajaya, membayar tol RM2.00 kemudian U-turn dan bayar sekali lagi RM2.00 untuk berpatah balik.

Jaraknya melebihi 10 kilometer, (nanti saya ukur balik jarak tu...)menyebabkan banyak kes-kes kecemasan mengalami kelewatan untuk dibuat pusingan balik.

Contoh 2 : Jika anda melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 dari Kepong ataupun sebaliknya, sebaik sahaja anda menaiki laluan bertingkat, anda akan mengalami trauma yang amat hebat kerana hampir saban hari laluan ini sesak di laluan bertingkat itu, lengkap dengan gegaran kuat jika lori atau kenderaan berat lalu di laluan sebelah. Lokasi inilah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan isu retak pada rasuk/tiang lebuhraya dan sepanjang anda berada di atas laluan bertingkat yang sentiasa bergegar ini, tiada laluan kecemasan/susur untuk turun. Jika anda dah memasukinya, anda terpaksa berada di atasnya sehingga berhampiran susur Manjalara.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Friday, February 20, 2009

PENGALAMAN DI INDONESIA

Alhamdulillah pada jam lebih kurang 1.00 pagi tadi waktu Malaysia 20 Februari 2009 ,saya telah selamat sampai di LCCT (KLIA) bersama 7 lagi sahabat-sahabat Kelab Bowling Kastam Putrajaya. Syukur kerana kami selamat semasa 4 hari berada di Indonesia ( Jakarta-Puncak-Bandung), terima kasih di ucapkan kepada Tourist Guide Pak AZMI dan Pak supirnya ( nama tak tau ) kerana membawa kami dari hari pertama 16/2 hinggalah 19/2. Menggunakan van ISUZU 11 tempat duduk yang selesa dgn penerangan semasa melancong.
Alhamdulillah trip ini (shopping dan melancong) adalah merupakan satu pengalaman yang terbagus bangat bg diri saya. Walaupun jalanraya di Indonesia macet bangat ( traffic jam ) tp kondisinya baik sekali. Kepada teman-teman lain, JOM KITA MELANCONG KE JAKARTA. Disini saya lampirkan beberapa perkara yang menarik ketika di sana :

1. Dimana ada tanah di situ ada manusia
2. Macet = Traffic Jam menjadi lumrah di jalanraya
3. Speda Motor = motosikal
4. Mobil = Kereta
5. Jakarta ada 15 juta penduduk
6. Jakarta ibu kota yang padat, besar, kota yg 24 jam hidup
7. Tempat melancong yg HEBAT !!!!!!!! tidak ada sepertinya di Malaysia - INI BENAR !!
8. Puncak lebih kurang sama dgn Genting Highland SEJUK BEB !!!!!
9. Bandung pun sejuk jugak
10. Cewek mmg cun
11. JANGAN LUPA UTK MELANCONG DI SAFARI INDONESIA di Puncak.. kat Malaysia pon tak ada macam di Indonesia.
12. Tempat bershopping memang THE BEST !! murah dan berkualitas
13. Anda tidak akan lari dari diganggu oleh penjual2 barang souvenir dari mula hingga akhir...
14. Banyakkan bawak duit takut nanti kena PAU dgn Imigresen Indonesia masa di Airport
15. Banyakkan bawak duit sebab nak donate org susah di sana
16. Banyakkan bawak duit sebab nanti kena paksa beli barang.
17. Banyakkan BERSABAR.......sebab anda akan banyak kali memberi TIPS @ TIPPING.



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, February 10, 2009

JAKARTA, BANDUNG KAMI DATANG !!!!!!!!!!!!

NANTI KEDATANGAN KAMI , AHLI KELAB BOWLING

PERGI
DEPART : 16 Februari 2009 jam 7.00

BALIK
DEPART : 19 fEBRUARI 2009 JAM 2000






Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Sunday, February 8, 2009

Dr M: MB harus dibenar panggil mesyuarat DUN

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tindakan melompat" wakil rakyat di Perak seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihanraya, maka keputusan itu harus dihormati.

mahathir mohamad 180108Katanya, menteri besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan, lapor Bernama.

"Tetapi jika menteri besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian.

"Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan.

"Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," kata Dr Mahathir selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park di ibunegara semalam.

Mengenai laporan bahawa pembangkang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan berhubung keputusannya, Dr Mahathir berkata walaupun tindakan pembangkang itu tidak beretika, undang-undang membolehkan tindakan itu diambil.

Bagaimanapun, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin berkata, pihaknya tidak akan memfail saman terhadap Sultan.

'Demonstrasi bukan budaya M'sia'

Mengenai undang-undang antilompat parti yang dicadangkan, Dr Mahahtir berkata Umno pada satu masa dulu ada meminta semua wakil rakyatnya menandatangani surat tidak bertarikh untuk digunakan jika mereka meninggalkan parti, tetapi ini sekarang tidak sah dari segi undang-undang.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 31Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pembangkang, yang hilang kuasa mentadir kerajaan Perak, perlu sedar bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan menunjuk kekuatan seperti ini boleh berlaku terhadap mereka pada masa depan,

"Ini (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri.

"Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama," katanya.

Para penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengadakan demonstrasi semasa upacara mengangkat sumpah menteri besar Perak yang baru kira-kira satu kilometer dari Istana Kuala Kangsar.

Kerajaan PR yang belum berusia setahun tumbang selepas tiga anggota dewan undangan (Adun) keluar parti menjadi Adun bebas dan menyokong BN.

Manakala Adun Umno yang keluar parti dan menyertai PKR sebelum ini, kembali semula ke pangkuan BN.

MALAYSIAKINI



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

JUMLAH TENTERA USA MATI DI IRAQ

Tentera US telah mengorbankan seramai 4,238 tenteranya sejak operasi di Iraq

As of Saturday, Feb. 7, 2009, at least 4,238 members of the U.S. military had died in the Iraq war since it began in March 2003, according to an Associated Press count.

The figure includes eight military civilians killed in action. At least 3,406 military personnel died as a result of hostile action, according to the military's numbers.

The AP count is one fewer than the Defense Department's tally, last updated Friday at 10 a.m. EST.

The British military has reported 178 deaths; Italy, 33; Ukraine, 18; Poland, 21; Bulgaria, 13; Spain, 11; Denmark, seven; El Salvador, five; Slovakia, four; Latvia and Georgia, three each; Estonia, Netherlands, Thailand and Romania, two each; and Australia, Hungary, Kazakhstan and South Korea, one death each.

___

The latest deaths reported by the military:

• A soldier died Friday as a result of a non-combat related injury near Balad Ruz, Iraq.

sumber : Yahoo. News

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Saturday, February 7, 2009

ISU PERAK : SIAPA DIA ANNUAR ZAINI ?

LAYARI DISINI

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Mohd Nizar 'booted out' of MB's office

DATO' SERI IR NIZAR DIHALAU KELUAR

IPOH, 6 Jan :- Pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.

Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .

Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/terkini-jam-940-am-mb-nizar-dihalau.html

Pejabat Menteri Besar Perak kecoh jam 10 pagi tadi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tidak membenarkan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin serta Exconya memasuki pejabat mereka.

Dengan kasar, mereka dihalau keluar dan tidak dibenarkan masuk ke pejabat mereka.

MB Besar dan Exco kemudiannya dilihat keluar dari bangunan Perak Darul Ridhwan jam 10.45 pagi tadi.

BARANG-BARANG MILIKNYA PON DAH HILANG !!!!!!!!

KOMEN AKU ......aku nie walaupun tak main politik, tapi mashaAllah , apa hal la pulak ko halau bekas MB tu.... gentelman la sikit.... macam orang tu buat jenayah laa pulak. Ir. Nizar punyalah baik orangnya dan beriman ko halau macam anjing.
subhanallah.... PERLU DIINGAT BN 28 Kerusi, Pakatan 28 kerusi, 3 milik adun BEBAS..... macam2 boleh terjadi... tadi jam 9.00 Timb Menteri Usahawan dan Koperasi kata pun BN tak kuat , 3 orang BEBAS mangkuk hayun tu pon boleh berpaling tadah.



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Friday, February 6, 2009

MINGGU BERDUKA DAN GEMBIRA

Orang kampong diculik celaka
Wang dan ringgit jadi amalan
Anak kampong melompat suka
Lompatan tinggi seberang jalan

Ketua kampong gundah gelana
Mencari anak hilang kemana
Rupanya anak keluar berkelana
Mencari rezeki yang lebih berharga


Kampung seberang rupanya penculik
Anak yang hilang ke kampung seberang sana
Ketua kampung bertambah pelik
Anak-anak hilang entah kemana


Anak yang hilang muncul tiba-tiba
Mengaku sakit, kononnya berduka
Ketua kampong seberang hampir berkuasa
Merampas tanah dan hak rakyat jelata


Ketua kampong bersiap sedia
Hadapi musuh hampir menjelma
Mengadap Sultan disinggah sana
Mengharap ahli kampong memilih semula


Kampong seberang mencanang berita
Anak yang hilang kini dalam gengamannya
Wahai ketua kampong disana bersiaplah sedia
Menghadapi rintangan bakal menjelma


Ketua Kampong pertahan nyawa
Dari musuh datang berduyun-duyun
Kampong seberang sudah tiba
Muka semacam mangkuk hayun


RAKYAT BERKUMPUL DI PADANG DAN DI KAMPONG
BERSAMA TAAT BERPIMPIN TANGAN
WAHAI RAKYAT WAHAI PENDUDUK KAMPONG
BERSABARLAH KITA HADAPI RINTANGAN




LU PIKIR LA SENDIRI


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...