Orang kampong diculik celaka
Wang dan ringgit jadi amalan
Anak kampong melompat suka
Lompatan tinggi seberang jalan
Ketua kampong gundah gelana
Mencari anak hilang kemana
Rupanya anak keluar berkelana
Mencari rezeki yang lebih berharga
Kampung seberang rupanya penculik
Anak yang hilang ke kampung seberang sana
Ketua kampung bertambah pelik
Anak-anak hilang entah kemana
Anak yang hilang muncul tiba-tiba
Mengaku sakit, kononnya berduka
Ketua kampong seberang hampir berkuasa
Merampas tanah dan hak rakyat jelata
Ketua kampong bersiap sedia
Hadapi musuh hampir menjelma
Mengadap Sultan disinggah sana
Mengharap ahli kampong memilih semula
Kampong seberang mencanang berita
Anak yang hilang kini dalam gengamannya
Wahai ketua kampong disana bersiaplah sedia
Menghadapi rintangan bakal menjelma
Ketua Kampong pertahan nyawa
Dari musuh datang berduyun-duyun
Kampong seberang sudah tiba
Muka semacam mangkuk hayun
RAKYAT BERKUMPUL DI PADANG DAN DI KAMPONG
BERSAMA TAAT BERPIMPIN TANGAN
WAHAI RAKYAT WAHAI PENDUDUK KAMPONG
BERSABARLAH KITA HADAPI RINTANGAN
LU PIKIR LA SENDIRI
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
" Bandingan ( derma ) orang2 yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ( INGATLAH), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya-NYA dan Allah Maha Luas ( Rahmat ) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. ( AL-BAQARAH : 261 )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
-
Selawat Ke Atas nabi dan Keluarganya Ahlul Bait AKMAL, Melaka 19 Julai 2014, Alhamdulillah masuk hari ini sudah 41 hari aku berkurs...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
No comments:
Post a Comment