Tuesday, March 31, 2009

KISAH ORANG ASLI DENGAN YB

Dengan diringi sekalian para juak-juak,

yang berhormat itu memasuki sebuah perkampungan orang-orang asli.

mereka menaiki jip pajero.

segala kemudahan telah kamu perolehi, air paip, api elektrik dan jalan bertar sudah diberi

“apa lagi yang kamu mahu?” tanya yang berhormat yang tengah syok berkempen.

“kami mahu jip!” jawab tok batin“kami mahu jip pajero, macam encik punya,”sahut anak-anak buah tok batin. Beramai-ramai.

“kamu mahu jip? untuk apa?” tanya yang berhormat.

Panik dan hairan“supaya kami senang membawa barang-barang kami keluar dari hutan. Kami pun senang untuk keluar mengundi nanti”. Jawab anak-anak buah tok batin beramai-ramai.

Adapun yang berhormat itu, yang kedatangannya adalah untuk memancing undi orang-orang asli di perkampungan itu terkejut dengan permintaan yang tak terduga

“tak boleh, tak boleh, saya tak dapat luluskan permintaan kamu itu,” beritahu yang berhormat sambil matanya melilau.

“kenapa pula?” asak tok batin . “kami sudah diberi jalan bertar, takkanlah awak tak boleh beri kami jip!”

“saya boleh beri kamu jip tetapi, kamu tak ada lesen,” jawab yang berhormat.

Tok batin dan anak-anak buahnya ketawa terbahak-bahak.

Yang berhormat bertambah-tambah hairan. Kalau awak boleh beri kami jip yang besarnya sebesar-besar bapak gajah itu takkanlah awak tak boleh beri rekomen kami sekeping lesen yang besarnya, alahai! boleh diselit dalam kotak tembakau kami,” seru tok batin ..

Yang berhormat itu hairan dan paniknya tak sudah

hasilnya: apabila keputusan pilihanraya diumumkan yang berhormat itu kalah

kerana orang-orang asli yang dipancingnya

tak keluar mengundi.


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...