SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA
Alhamdulillah pada 21 April 2012 ( Sabtu ) jam 4.30 petang satu majlis penyerahan simbolik 4 unit penghawa dingin untuk Dewan Sekolah Maahad Al-Ehya Al-Karim, Tg Bidara, Melaka telah selamat diadakan. Saya mewakili ALUMNI MEKAR telah menyerahkan secara rasmi simbolik buku manual dan remote aircond kepada Tn Hj. Zaid YDP PIBG MEKAR yang mewakili pihak sekolah. Seramai 5 orang wakil ALUMNI iaitu Saudara Fakaruddin, Saudara Zainor, Saudara Syafirin dan Saudari Shulinz telah sudi untuk mewakili ALUMNI sekolah di majlis ini
Saya telah diberikan peluang untuk berucap sepatah dua kata mengenai projek ini , dimana ianya adalah hasil sumbangan bekas pelajar MEKAR. Kutipan telah bermula sejak 2 Februari 2012 dan telah tamat pada 30 Mac 2012. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ALUMNI atas sumbangan yg telah diberikan. InsyAllah pada 30 April 2012 satu majlis perasmian Dewan Karomah MEKAR akan diadakan dan wakil ALUMNI dijemput hadir.
Sekian
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM
" Bandingan ( derma ) orang2 yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ( INGATLAH), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya-NYA dan Allah Maha Luas ( Rahmat ) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. ( AL-BAQARAH : 261 )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
-
Selawat Ke Atas nabi dan Keluarganya Ahlul Bait AKMAL, Melaka 19 Julai 2014, Alhamdulillah masuk hari ini sudah 41 hari aku berkurs...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
No comments:
Post a Comment