SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA
KUALA LUMPUR, 13 Dis - Misi Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.
Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.
Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2. Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65.
Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.
Pada perlawanan malam ini, sebaik perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.
Selepas itu, giliran Thailand menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.
Selang minit kemudian, gawang Malaysia terus diuji apabila Jakkraphan @ornsai hampir-hampir ambil kesempatan daripada kesilapan Aidil. Pun begitu penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan.
Kehadiran penyokong Thailand di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.
Thailand sekali lagi mempunyai peluang meledak gol pada minit ke-19. Rembatan Teerasil melepasi benteng pertahanan Malaysia.
Susulan serangan Thailand, Malaysia melakukan asakan dan peluang negara tiba menerusi larian solo Mat Yo pada minit ke-24. Serangan Mat Yo dipatahkan pertahanan Thailand.
Benteng pertahanan Malaysia terus huru hara apabila diasak oleh Thailand, namun Mahali menanduk keluar hantaran Datsakon pada minit ke-29.
Malaysia yang terdesak memburu gol awal terus tertekan apabila pemainnya, Fadhli Shas dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Lee Minhu pada minit ke-44. Pemain pertahanan ini tidak seharusnya terbawa-bawa dengan provokasi pemain tuan rumah mengakibatkan beliau dilayangkan kad merah setelah dilayangkan dua kad kuning oleh pengadil.
Beraksi 10 orang pemain nyata tidak melemahkan semangat Malaysia untuk memburu gol. Bagaimanapun tendangan percuma Safiq berjaya diselamatkan oleh Kawin dengan senang.
Babak kedua bermula, Thailand terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia. Percubaan Apipoo Suntornpanavej tersasar.
Kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Amar yang menanduk bola dari tandukan Panupong Wongsa akhirnya memberi Teerasil peluang untuk meledak gol pertama pada minit ke-61 sekali gus menggegarkan stadium tuan rumah.
Teerasil sekali lagi hampir membolosi gawang apabila berjaya melepasi benteng perthanan Malaysia, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan harapan negara.
Selang satu minit kemudian, Theerathon menambah jaringan skuad Thailand sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah.
Biarpun ketika Thailand dilihat lebih menguasai permainan, Malaysia tetap enggan menyerah kalah apabila tendangan Aidil pada minit ke-76 yang melepaskan dari jauh hampir membolosi gawang lawan.
Begitupun, Kawin menyelamatkannya dengan mudah.
Thailand terus ghairah memburu gol ketiga apabila Anucha memecut di sayap kiri tetapi hantaran beliau tersasar.
Malaysia terus berusaha menguji benteng pertahanan Thailand, dua percubaan menerusi dua penyerang negara, Mat Yo dan Safe Sali terus gagal dilaksanakan.
Safee sekali lagi mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-84 tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Thailand.
Malaysia yang tertekan terus mengasak, namun sepakan percuma yang diperolehi Harimau Malaya terus menemui jalan buntu apabila gagal membolosi gawang lawan sehingga kedudukan tersebut kekal ke wisel penamat.
Nor Amran Abdullah Bendahari
KBKPj JKDM
No comments:
Post a Comment