Monday, December 10, 2012

MALAYSIA SERI MENENTANG THAILAND SUZUKI AFF CUP 2012

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA..



9 DISEMBER 2012 ( AHAD ) .....Akhirnya tamatlah sudah perlawanan Separuh Akhir Pertama Malaysia VS Thailand dalam Piala AFF Suzuki yang berkesudahan Thailand berjaya mengikat Malaysia 1 - 1. Perlawanan yang bermula tepat jam 8.00 malam , telah dijangka FULL HOUSE dgn penyokong Harimau Malaya. Hujan yang mula turun sejak jam 3 petang tidak mematahkan semangatku untuk hadir bersama anakku, Ammar Shauqi. Jam 4.30 aku tiba dan parking di depan Majlis Sukan Negara. 



Datangjer awal tapi masuk jam 6 petang, pasai apa ?....pasai si bangah ( adik aku ) pulak lambat datang kunci motor di rumah dia tertinggal kt umah mak di Taman Permata, tiket pulak ada pada Sutan, so aku pun dgn anak aku dgn kawan bangah masuk dulu ambik port atas ULTRAS MALAYA.port mmg terbaik. Si bangah dgn Sutan dan Hakim masuk ler kendian.....

Last tgk game Malaysia masa di Shah Alam bulan lepas Malaysia lawan Hong Kong, ......oklah kita citer game malam ni, Port baru aras 2 , atas Ultras Malaya boleh tahan jugak hiruk pikuknyer....aku pon walaupun dah umur hampir 4 series terasa jugak macam awal 20 -an bagi support pada team Malaysia. TAPI......

Yang paling TAK BESTNYA ... masa half time aku pon pergiler solat dulu, gi bilik air dan beli air...tup tup, tgh orang bising2 ...masa makcik air tgh bagi aku duit baki, ssatu stadium menjerit GOOOLLLLL !!!!!!!!!...aku pon apa lagi berlari ler masuk ke tempat duduk sambil galat , TAK DAPAT TENGOK Malaysia jaringkan gol...aduh hai, tak dapat aku tgk LIVE gol. Lepas duduk aku tanya anak aku , sapa jaringkan , anak aku cakap MAT YO......perghh terbaik la. Masa Thailand jaring , dpt plak tgk....cobaan..

Dengan semangat yang berkobar2 semangat lain macam kerana lega dah solat dan ceria sikit.......Apa-apa pon Separuh Akhir Kedua Harap Malaysia dapat kalahkan Thailand...

HIDUP HARIMAU MALAYA....


















 Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...